Alhamdulillah.. alhamdulillah…
Akhirnya, aku telah selamat tiba di bumi Dublin setelah 4 hari mengembara di Cork & Galway. Erm, seperti selalunya, aku berasa sangat bersyukur dan bertuah kerana diri ini telah dipilih olehNya untuk merasai dan menikmati kebesarannya di tempat2 lain..tetiba, teringat zaman dulu kala, rombongan bersama guru mahupun rakan2 tidak sama seperti jaulah ku di sini…setelah meningkat dewasa, baru diri ini menemui erti jaulah yg sgt bermakna..bukan sahaja mengembara di bumi anugerah Tuhan ini..bahkan hati ini turut dibasahi dengan kata2 Allah di sepanjang perjalanan…MasyaAllah, indahnya aturanMu…Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air…begitu juga jaulah ku bersama rakan2 di sini…melihat keagungan ciptaanNya, diri ini sentiasa diingatkan tentang betapa indah dan betapa agungNya ciptaanNya..x mampu dibandingi dengan sesiapa pun…
Tetibe rasa nak share sesuatu..semasa kami tiba di FOTA, salah satu zoo yg menjadi tempat tarikan pelancong di Cork..tibalah time aku utk share sesuatu dgn adik beradik jaulahku ( along, angah, ateh n achik) .
~sama2 membasahkan hati yang kehausan~ |
p/s: dlm jaulah kami kali nie, diberi nama kembara 5 bersaudara..aku mndapat pnggilan “alang” …actually, mule2 sgt janggal membahasakan diri msing2 dgn pnggilan2 itu..tp hakikatnya..itulah yg menjadikan jaulah kami kali nie sgt best!!! Terasa makin erat ikatan ukhwah itu…J
ok, berbalik dgn ayat yg nak dishare td….oleh sebab kami sdang berada di zoo tika itu, aku pom share la ayat2 nie…sgt2 cantik susunanNya…24:45 dan 25:54
“ dan Allah menciptakan semua jenis hewan dari air…” ( 24: 45)
“Dan Dia pula yang menciptakan manusia dari air, ..”(25:54)
~haiwan dan manusia diciptakan dari air~ |
Dalam kedua dua ayat nie, Allah menyatakan tentang haiwan diciptakan daripada air dan manusia pula dari air juga…so, mmg benarlah penyataan itu..kan dlm badan kita ader ~70% H2O kan?? So, law tgok disini bagaimana adanyer persamaan kita dan haiwan…tetapi betapa Allah telah menjadikan kita (manusia) sebagai makhluk ciptaanya yg sgt berbeza.betol x? Dia telah menganugerahkan akal fikiran kepada kita…dan ini yg membedakan kita dgn haiwan…tetapi adakah kita sedar bahwa haiwan2 ini,,bukan setakat haiwan sahaja..malah pokok2, batu2,,,dll sentiasa taat dan patuh dlm mengerjakan suruhan Allah…mereka sering memujiNya..sering berzikir kepadaNya.
“ apa yg ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dan Dialah yang Maha perkasa Maha bijaksana.” ( 61:1)
tetapi kita??
makhluk yg lebih dimuliakan oleh Allah,,,adakah melakukan sedemikian rupa?? Adakah lagi2 byk beribadah kepadaNya compare to makhluk2 lain?? Ataw adakah lagi kurang??? So, same2 lah kiter memuhasabah diri masing2…time tuh sambil memerhatikan burung2 yang terbang bebas di udara..terasa begitu kerdil diri ini compare to mereka…decipan2 burung itu mungkinkah sedang berzikir kepada Dia..??? masyaAllah..malunya aku…sedang diri ini asyik melihat kecantikan alam..terlupa utk memuji akan keindahan ciptaan pemilik diri ini…pemilik diri yg masih memberi peluang kepadaku untuk menikmati semua ini…terima kasih Tuhan….terima kasih kerana memberi peluang kepadaku mengembara dibumiMu…
~indahnya alam ciptaanMu TUHAN...~ |
“ Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi , maka jelajahilah di segala penjurunya, ..” ( 67:15)
0 comments on "~indahnya lukisan alam 1~"
Post a Comment