Aku SERABUT . BUNTU. KACAU n mcm2 ada…ingin rasenyer ku lelapkan mata 24 jam tanpa bangkit - tanpa memikirkan hal ini…namun, aku sedar akan tanggungjawab itu. Sebagai hambaNya aku x boleh lari dr memainkan peranan itu..andai ku biarkan diri ini lena….lena dgn lelap yg panjang, lena dengan keasyikan mimpi2 yang tidak henti henti berlakon di pentas mimpi….aku pasti berada di takuk yg lama.
Tidak!
Aku tidak boleh melarikan dari segala kemelut ini! Bangkitlah.! Aku kena kuat utk melawan mainan perasaan ..aku tidak harus biarkan diri dibaluti gelombang rasa itu .yang mana satu.???Aku benar benar buntu…aku risau aku pening.andai diri ini menguak intan, terpilih pula kaca
.
YaAllah,
aku benar benar mengharapkan petunjuk dariMu yaAllah . pimpinlah daku dlm mencari cintaMu Tuhan … diri ini masih bertatih dan merangkak rangkak kejalanMu … maka, aku tersangat memerlukan tangan2 itu utk memimpinku..hingga aku mampu berdiri…berjalan …dan akhirnya aku bisa berlari kearahMu!
TETAPI … aku kecewa dengan diriku,. Tuhan..mengapa aku tiada kekuatan itu…kekuatan untuk melontarkan segala rasa yang terpendam . segala jawapan yg telah pun difikirkan . segala kata hati yg ingin ku miliki. Dan segala harapan impian yang ingin ku temui … dalam mencari redhaMu
…
Andai, jawapan itu akan mengecewakan mu duhai sahabat sahabatku …maafkan daku …tapi, aku tidak sanggup lagi membendung keinginanku…aku tidak sanggup lagi berpura2 kerana aku pasti inilah yg aku cari . aku tidak mahu berpaling … kerna jalan inilah yg terbaik buat ku!
Sahabatku sayang,
Aku ingin terbang bersama mu…besar sekali harapan ini andai engkau sudi mendengar luahan rasa ini…maafkan daku kerna takut untuk meluahkan ..kerna aku x sanggup melihat riak2 kekecewaan di wajah sucimu, kawan…harapanku, kita dapat bersama selalu..dalam susah mahupun senang, kamu berada denganku…andai ini memisahkan kita, aku pasrah…doaku, moga Dia merancang sesuatu yg baik buat kita…
yaAllah..
moga moga pilihan yang bakal aku ambil ini yaAllah…adalah pilihan yg tepat..pilihan yg diredhai olehMu…dan semoga pilihan ini menjadi pilihan terbaik buat ku … yaAllah.. wahai tuhan yang membolak balikkan hati, jauhilah diriku dari sgala rasa lemah n gusar… andai pilihan ini mengecewakan mana mana pihak, ampunilah daku yaAllah.. kerana aku tidak bisa menggembirakan hati semua orang yang ku sayang..
doaku,.. kembangkan lah lembayung rahmatMu kepadaku dan sesiapa sahaja yang bersama samaku… aku mohon yaAllah, titipkan lah kekuatan dalam diri ini untuk meluahkan rasa hati…yang lama terpendam..yang telah lama menyesakkan dada…hingga x tertahan lagi ku menanggung deritanya…
amen…
4 comments on "~kata hati~"
allah knows better.ujian diberi utk mematangkan diri..menyucikan hati..i'm learning too.may allah bless u, me and us..:)
inshaAllah.
memilih adalah fitrah manusia..=)
ape pun pilihan, hope Dia menjadi neraca,
moga diberkati :)
doa terbang dari jauh^^
-sisfas
semoga pilihan yg dibuat adalah berdasarkan neraca hati yang suci.
kerana hati ibarat sebuah cermin.seandainya dicemari debu,pandangan menjadi kabur...
semoga Allah memimpin langkahmu sayangku :)
jazakillah..;)
Post a Comment