Friday, October 28, 2011

aku ingin mencintaiMU

Posted by nurzurida at 1:30 PM
Berat untuk menanggung segala
Segala yg berada di depan mata
Ku sedar kaki ini telah berpijak di ranjau duri
Tak mungkin untuk ku berpatah kembali
Saat kekuatan mulai hilang bersama perasaan yg terpendam
Ku memerlukan sesorang untuk meluahkan perasaan.

Meski ramai di sekelilingku
Itu belum pasti ku mampu meluahkan
Meski ku cuba senyum kegirangan
Itu belum pasti merawat kedukaan
Meski ku cuba menutup derita jiwa
Itu belum pasti hilang bengkaknya perasaan.

Saat ku jatuh tersungkur merintih lelah tidak bermaya
Mencari dia, dia, dan dia untuk mengadu kata,
Tak berupaya untuk ku luahkan
Asalkan dapat melepaskan apa yang terpendam
Namun dia yang dicari,
Tidak tahu kemana pergi,
Tinggal lah aku di sini
Bersama rintihan sendiri.

Dalam keseorangan, Engkau hadir entah dari mana
Mengingatkan ku bahawa Engkau ada
Menemaniku tiap saat dan ketika
Dalam sedih mahupun tawa,
Tak pernah jauh biarpun Cuma.

Semakin deras si air mata,
Mengalir tidak bersuara,
Memarahi diri sendiri,
Yang seringkali lupa diri.

Aku malu padaMu yaAllah
Di saat ku merintih mengharap insan lain
Aku hampir terlupa bahawa aku ada Engkau

Terima kasih ya Rahman,
Terima kasih ya Rahim.

Ku panjatkan syukur ku kepadaMu,
kerana mengajar aku untuk terus lebih mencintaiMu.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya AKU DEKAT. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (2:186)

0 comments on "aku ingin mencintaiMU"

Post a Comment

0 lovely notes:

Post a Comment

mynameiszurieda Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting