Minggu lepas, minggu yg tak tahu nak describe bgaimana. lebih lebih lagi, bila result test loco keluar.. aku tak tahu apa lagi yang aku nak actually. betapa tidak bersyukurnya diri ini kepada Dia. walaupun result ku tidak lah seinggi mana, tp mungkin ada perubahan sedikit dr sebelum sebelum ini..tp still aku masih berasa sedih..
kenapa?? kenapa?? kenapa?
aku sendiri xtahu kenapa?
Mungkinkah result itu x setimpal dgn apa yg telah aku lakukan??
ataw adakah aku telah jauh dr mendapat rahmat Allah?
mcm2 perkara yg mula bermain-main di fikiran.
begitulah ragam manusia. tak pernah rasa cukup dalam hidupnya. aku tidak terkecuali. walhal, telah banyak kurniaanNya kepada aku.kepada hamba-hambaNya. tapi hamba ini sering alpa akan nikmat yg diperoleh. yaAllah, pukullah aku ya Allah, kerana sering lupa mensyukuri nikmat Mu.
Namun, hadirMu menyedarkanku. kata-kataMu, menguatkanku. NasihatMu, bererti bagiku.
" ..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)
MasyaAllah, tertiba terasa DUSHHH!!!!mmg terkena sgt dgn firman Allah tadi. Sedihnya, betapa, aku nie yg hanya hamba kepada pencipta seluruh alam tidak mengetahui apa-apa.. Dia Maha Mengetahui. Dialah Pencipta kita. Sudah pasti Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. boleh jadi, andai diberikan sesuatu yg aku sukai, aku akan makin jauh drpd Dia.
Dan tadi dapat satu link dr seorg kawan. best baca... dan aku cuba utk menasihati diri sendiri juga.
"eventhough kita rasa sedih dgn apa yg kita peroleh, x baik utk rasakan yg kita sudah jauh dr rahmat Allah. Tapi sebenarnya bukan macam tue. Allah AS.W.T sedang menyampaikan rahmat-Nya melalui ujian ini. Allah S.W.T nak kita lagi dekat pada Dia dan belajar untuk bersyukur dengan semuanya. Tak semua yang dapat ujian macam ni, rahmat Allah S.W.T itu luas.
Allah S.W.T sayang pada kita, sebab tu Allah S.W.T bagi kita rasa macam jauh daripada Dia sedangkan sebenarnya tak. Allah S.W.T nak tarik balik kita agar selalu lebih ingat pada Dia.
"Orang-orang yang beriman dan bertaqwa itu apabila dia diuji dengan kesenangan, dia bersyukur dan bertambah keimanannya pada Allah S.W.T. Dan apabila dia diuji dengan kegagalan, dia juga pantas bersyukur dan bersabar dengan ujian itu. Sebab dia yakin Allah S.W.T sedang mendidik dia dan Insya-Allah ada pulangan yang lebih baik dari jalan-jalan yang dia tak sangka."
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Dia akan bukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah S.W.T telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (2:152)
MasyaAllah. Ya Tuhan. Ampunkan daku kerna tidak pandai beradab denganMu. Aku ini benar-benar insan yang lemah. Terima Kasih Tuhan kerana memberi peluang kepada diri ini.
yaAllah, tanamkan lah rasa rendah diri dan syukur dlm diriku agar aku senantiasa mensyukuri nikmatMu yang tidak terhitung olehku.
yaAllah, tanamkan lah rasa rendah diri dan syukur dlm diriku agar aku senantiasa mensyukuri nikmatMu yang tidak terhitung olehku.
nota kaki: He knows the BEST for us.:)
0 comments on "bersyukurkah aku???"
Post a Comment